Saturday, 28 January 2012


Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Anda baru sahaja berpindah ke sekolah lain kerana mengikut ayah anda yang ditukarkan tempat bertugas . Tuliskan sepucuk surat kepada rakankarib anda yang berada di sekolah lama untuk menceritakan tentangkeadaan sekolah baru anda.
21, Kampung Selang,
36000 Teluk Intan ,
Perak Darul Ridzuan.
25 Oktober 2008 .

               Menemui saudara Linda Chin yang kini berada di Sintok , Kedahdengan harapan semoga saudara berada dalam keadaan sihat dansejahtera selalu .

Saudara ,
               Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh memohon maafkepada saudara kerana tidak memberitahu saudara tentang perpindahansaya ke sekolah baru . Untuk pengetahuan saudara saya berpindah kesekolah yang baru kerana mengikut ayah yang ditugaskan di sini .Maklumlah kerja ayah sebagai pegawai polis mempunyai banyaktanggungjawab .
               
                Sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah KebangsaanSandakan dalam Tingkatan Tiga Merah .Sudah sebulan saya mengikuti pembelajaran di sekolah ini . Syukur alhamdulilah , setakat ini sayatidak mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran .Kawasan sekolah ini juga sangat cantik dan begitu luas . Terdapatkolam ikan dan air terjun buatan di hadapan kawasan sekolah .Di sekolahini terdapat pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga ke tingkatanenam atas . Jumlah pelajar di sekolah kira-kira lima ribu orang danmempunyai tiga ratus orang guru .
                
                 Sekolah ini mempunyai enam buah blok bangunan yang masing-masing mempunyai lima tingkat . Blok bangunan sekolah ini meliputi blokpentadbiran , pejabat , dewan dan asrama untuk para pelajar yangtinggal jauh .Di sekolah ini , saya mendapat ramai rakan baru yang terdiridaripada pelbagai kaum seperti Kadazan , Sino-Kadazan , Dusun , Bajaudan banyak









lagi .Baiklah setakat ini saja yang dapat saya ceritakan kepadasaudara untuk kali ini . Semoga bertemu kembali dalam warkah yangakan datang . Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan di sana .Sekian, terima kasih .

Yang ikhlas , 

Linda Chin

8 comments:

  1. Ini membantu saya membuat kerja rumah

    ReplyDelete
  2. Btul juga,ini juga membantu saya buat kerja bahasa melayu saya...Surat ini memang membantu saya :)

    ReplyDelete
  3. BAGUS KARANGAN INI ,IA MEMBANTU SYA BOLEH MENJAWAB SOALAN-SOALAN YANG DIBERI OLEH GURU SAYA

    ReplyDelete
  4. KARANGAN INI SANGT BAGS BAGI SY TERIMA KASIH KERANA MMBNTU SY UNTK MMBUAT KEJA SEKOLAH YNG DIBERI OLH CKGU SAYA

    ReplyDelete
  5. அடிமபேேநீரடபாய்' அடி ஆயதம

    ReplyDelete