KARANGAN UCAPAN
Andaikan anda merupakan
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah anak anda. Bersempena dengan
sambutan Hari Guru, anda telah dijemput untuk merasmikan sambutan tersebut.
Tulis teks ucapan anda selengkapnya.
Terima kasih tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kuala Linggi, Yang Dirai, guru- guru yang telah banyak mencurahkan
bakti mereka kepada pelajar- pelajar sekolah ini, Yang Dikasihi, ibu bapa
pelajar yang ssudi hadir ke majlis ini, pelajar- pelajar seterusnya warga
majlis pada hari ini. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah
yang sudi menjemput saya ke majlis yang cukup bermakna ini bagi memberi ucapan
seterusnya merasmikan majlis ini.
Warga majlis yang dihormati,
Setiap pelajar pasti menginginkan kejayaan dalam hidup mereka. Bagi
mereka, tiada yang lain selain pelajaran yang merupakan tunggak kepada kejayaan
mereka. Jika pelajaran mereka tidak berakhir dengan cemerlang, tunggak yang
dibina akan hancur musnah ekoran bahan binaannya tidak menepati kekukuhan
tunggak tersebut. Saya harap hadirin sekalian dapat memahami isi kandungan ucapan
saya sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,
Dalam era teknologi dan komunikasi maklumat, profesion perguruan semakin
mencabar dan mengalami banyak perubahan. Guru bukan sekadar mengajar tetapi
berperanan mendidik para murid menjadi insan yang cemerlang intelek, akhlak,
emosi, dan jasmani. Tugas seorang guru sebenarnya tidak semudah yang
disangkakan. Selain menuntut kesabaran dan ketabahan,
seseorang guru juga perlu menguasai pelbagai ilmu
pengetahuan termasuk ilimu psikolgi. Di sekolah, guru menjadi ibu dan bapa
kepada murid-murid. Lantaran itu mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan,
disiplin, dan pencapaian akedemik murid. Guru juga menjadi tempat mengadu,
berbincang, meminta nasihat dan menjadi sumber rujukan.
Sebagai pendidik yang berwawasan, guru perlu mempersiapkan diri dengan
pelbagai pengetahuan dan maklumat serta tidak perlu gentar dengan apa-apa
cabaran atau rintangan yang mendatang. Guru mesti mempertingkatkan diri dengan
kemahiran, bukan sahaja dari segi teknik mengajar malah mencakupi aspek penggunaan
komputer dan alat yang diperlukan pada zaman teknologi maklumatdan komunikasi
kini. Segala kebolehan dan pengetahuan yang dimiliki oleh guru harus
dimanfaatkan secara maksimum.
Apatah lagi, pendidikan memainkan peranan penting dalam pembentukan
generasi masa depan. Hal ini demikian kerana generasi masa kini yang menentukan
masa depan negara pada masa hadapan. Oleh itu, para pendidik bukan sahaja
bertanggungjawab kepada pembekalan ilmu tetapi turut diselitkan dengan
nilai-nilai yang baik. Segala ilmu yang baik haruslah diberikan dengan ikhlas.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya mengahiri ucapan saya
ini, saya ingin megingatkan kepada semua pelajar agar sentiasa menyanjungi jasa
guru- guru anda agar pelajaran yang diberikan kepada anda dapat berkekalan
sehingga anda semua berjaya. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya
merasmikan majlis sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi. Sekian
terima kasih.
No comments:
Post a Comment