Karangan Peribahasa
Tajuk:
Peribahasa “bagai aur dengan tebing” bermaksud perkaitan orang yang suka bertolong-tolongan dan saling melengkapi.
Peribahasa “bagai aur dengan tebing” bermaksud perkaitan orang yang suka bertolong-tolongan dan saling melengkapi.
Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep ini dapat diterapkan
dalam masyarakat kini?
Peribahasa “bagai aur dengan tebing” bermaksud konsep tolong-menolong
atau bantu-membantu amat penting dalam
sesebuah masyarakat itu. Konsep ini semakin lama semakin hilang ketika negara
menongkah arus perubahan dunia ini yang penuh cabaran. Lantaran itu, terdapat
beberapa cara yang sesuai untuk merealisasikan konsep ini dalam kehidupan
masyarakat kita.
Langkah awal ialah satu aktiviti yang melibatkan semua pihak dalam
sesebuah kawasan setempat itu harus dilaksanakan dahulu. Penglibatan semua
pihak yang mendiami sesuatu kawasan itu amat penting jika konsep ini hendak
dipupuk dalam jiwa mereka. Maka, aktiviti yang bersepadu yang melibatkan semua
ahli masyarakat boleh mencetuskan konsep tolong-menolong ini.
Selain itu, konsep peribahasa ini boleh
juga dijalin menerusi kempen kesedaran yang dilaksanakan itu. Kempen yang
melibatkan ceramah, pemberian brosur dan taklimat kepada masyarakat setempat
akan peri pentingnya konsep ini mampu membuahkan hasil yang menguntungkan pula.
Sebenarnya, kempen kesedaran ini boleh menggunakan media massa seperti
televisyen untuk mencapai impak yang lebih luas.
Bukan sahaja mewujudkan satu aktiviti yang melibatkan semua pihak dan
mengadakan kempen tetapi pemupukan konsep ini dalam jiwa pelajar terutama di
peringkat sekolah rendah amat praktikal. Kanak-kanak lebih mudah untuk menerima
dan mengamalkan konsep kerjasama ini jika mereka didedahkan dengan pelbagai
aktiviti yang berunsur sedemikian
ketika berada di sekolah. Justeru, pemupukan konsep
bekerjasama ini di peringkat sekolah bakal menyaksikan berlakunya satu
perubahan dalam minda masyarakat kita pada masa depan pula.
Malahan, usaha mengadakan karnival atau pesta di dalam kawasan perumahan
turut mampu mencetuskan perasaan saling membantu ini. Keadaan ini berupaya
diwujudkan kerana semua pihak saling mengenali jiran mereka dan mengamalkan
konsep kerjasama ini dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya, kekerapan bertemu
dan berinteraksi antara ahli masyarakat di pesta atau karnival memungkinkan
wujudnya amalan bekerjasama ini.
Kesimpulannya, konsep peribahasa ini memang boleh
diamalkan di negara ini jika semua langkah di atas dilaksanakan segera.
Kerjasama semua pihak terutama masyarakat amat diperlukan jika kita mahu konsep
ini diamalkan dalam masyarakat. Peribahasa “berat sama dipikul ringan sama
dijinjing” merupakan satu lagi peribahasa yang hampir serupa konsepnya yang
membuktikan betapa amalan bekerjasama ini diutamakan oleh masyarakat kita
dahulu.
No comments:
Post a Comment