KARANGAN SYARAHAN
Anda telah menyertai satu pertandingan syarahan di sekolah.
Tajuk syarahan anda ialah ” Cara-Cara Memupuk Perpaduan Rakyat”.
Sediakan teks syarahan anda.
Yang saya
hormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, Tuan
Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya
ucapkan. Pada hari yang mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan saya yang
bertajuk ” Cara-Cata Memupuk Perpaduan Rakyat”.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya
memulakan syarahan saya, izinkan saya mendefinisikan maksud tajuk syarahan saya.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ” cara-cara” bermaksud ” langkah-langkah
melaksanakan sesuatu. ”Memupuk perpaduan rakyat” pula membawa maksud mewujudkan
integrasi dalam kalangan masyarakat berbilangan kaum. Dengan perkataan yang
mudah, syarahan saya bermaksud langkah-langkah untuk mewujudkan integrasi dalam
kalangan masyarakat.
Tuan-tuan dan
puan-puan,
Oleh sebab rakyat Malaysia berbilangan kaum, maka kerajaan perlu
mengambil pelbagai inisiatif untuk memupuk perpaduan rakyat. Kerajaan
boleh mengadakan kempen untuk
memupuk perpaduan rakyat melalui media massa seperti televisyen, surat khabar
ataupun internet. Mesej kepentingan perpaduan rakyat perlu diterapkan dalam
minda masyarakat bahawa bersatu teguh, bercerai roboh.
Rakan-rakan
yang dikasihi,
Pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam
memupuk integrasi dalam kalangan masyarakat sekolah. Perpaduan rakyat mudah
dipupuk jika dimulakan sejak bangku sekolah lagi, bak kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah patut mengadakan gotong-royong melibatkan pelajar dan guru yang
berbilangan kaum. Penglibatan pelajar berbilangan kaum dalam aktiviti kokurikulum sekolah
turut memberi peluang kepada warga sekolah saling berinteraksi antara satu sama
lain. Aktiviti sebegini dapat menjalinkan hubungan baik dan memupuk perpaduan
masyarakat sekolah.
Hadirin yang
dihormati,
Perpaduan
rakyat juga bermula dari rumah. Ibu bapa perlu
memberi pendidikan yang secukup kepada anak-anak. Anak-anak haruslah diajar dan
dididikuntuk bertoleransi dan memahami budaya pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini dapat mengelakkan anak-anak
bersifat perkauman apabila dewasa kelak. Anak-anak akan lebih senang bergaul
dengan rakan kaum berlainan. Keadaan
ini akan memudahkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Hadirin
sekalian,
Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, saya ingin menegaskan bahawa
perpaduan rakyat amat penting dalam konteks rakyat Malaysia yang berbilangan
kaum dan agama. Perpaduan rakyat dapat menjamin keamanan dan keharmonian hidup
, seterusnya dapat merealisasikan Wawasan 2020. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa ”
Bersatu Malaysia akan teguh, Bercerai Malaysia akan roboh”.
Sekian ,terima
kasih.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBagus untuk contoh karangan bagi pt3
ReplyDeleteBagus untuk contoh karangan bagi pt3
ReplyDeleteGg
ReplyDeleteBgus for pt3 exam
ReplyDeleteI'm use it for standard 5 karangan
DeleteMe too!
DeleteSame
DeleteI'm using it for my school std 5 karangan. It's a good reference.
ReplyDeleteso short bro the karangan
ReplyDeleteminta guna. tq
ReplyDeleteGood karangan
ReplyDeletei like it
ReplyDeleteThanks because give the helpful note
ReplyDelete😎😉😇😇😇😇😇👾
Im using it for form 2.Tq
ReplyDeleteNak tahu brpa patah perkataan semua
ReplyDelete