Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi
Anda baru sahaja berpindah ke sekolah lain kerana
mengikut ayah anda yang ditukarkan tempat bertugas . Tuliskan sepucuk
surat kepada rakankarib anda yang berada di sekolah lama untuk
menceritakan tentangkeadaan sekolah baru anda.
21, Kampung Selang,
36000 Teluk Intan ,
Perak Darul Ridzuan.
25 Oktober 2008 .
Menemui
saudara Linda Chin yang kini berada di Sintok , Kedahdengan harapan semoga saudara
berada dalam keadaan sihat dansejahtera selalu .
Saudara ,
Terlebih
dahulu saya menyusun jari sepuluh memohon maafkepada saudara kerana tidak
memberitahu saudara tentang perpindahansaya ke sekolah baru . Untuk pengetahuan
saudara saya berpindah kesekolah yang baru kerana mengikut ayah yang ditugaskan
di sini .Maklumlah kerja ayah sebagai pegawai polis mempunyai
banyaktanggungjawab .
Sekarang
saya bersekolah di Sekolah Menengah KebangsaanSandakan dalam Tingkatan Tiga
Merah .Sudah sebulan saya mengikuti pembelajaran di sekolah ini . Syukur
alhamdulilah , setakat ini sayatidak mempunyai masalah untuk mengikuti
pembelajaran .Kawasan sekolah ini juga sangat cantik dan begitu luas
. Terdapatkolam ikan dan air terjun buatan di hadapan kawasan sekolah
.Di sekolahini terdapat pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga ke
tingkatanenam atas . Jumlah pelajar di sekolah kira-kira lima ribu orang
danmempunyai tiga ratus orang guru .
Sekolah ini
mempunyai enam buah blok bangunan yang masing-masing mempunyai lima tingkat .
Blok bangunan sekolah ini meliputi blokpentadbiran , pejabat , dewan dan asrama
untuk para pelajar yangtinggal jauh .Di sekolah ini , saya mendapat ramai rakan
baru yang terdiridaripada pelbagai kaum seperti Kadazan ,
Sino-Kadazan , Dusun , Bajaudan banyak
lagi .Baiklah setakat ini saja yang dapat saya ceritakan
kepadasaudara untuk kali ini . Semoga bertemu kembali dalam warkah yangakan
datang . Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan di sana .Sekian, terima kasih
.
Yang ikhlas ,
Bagus
ReplyDeleteIni membantu saya membuat kerja rumah
ReplyDeleteBtul juga,ini juga membantu saya buat kerja bahasa melayu saya...Surat ini memang membantu saya :)
ReplyDeletebula dk
ReplyDeleteBagus karangan ni
ReplyDeleteBAGUS KARANGAN INI ,IA MEMBANTU SYA BOLEH MENJAWAB SOALAN-SOALAN YANG DIBERI OLEH GURU SAYA
ReplyDeleteKARANGAN INI SANGT BAGS BAGI SY TERIMA KASIH KERANA MMBNTU SY UNTK MMBUAT KEJA SEKOLAH YNG DIBERI OLH CKGU SAYA
ReplyDeleteஅடிமபேேநீரடபாய்' அடி ஆயதம
ReplyDelete