KARANGAN PERBINCANGAN
Pada masa
kini, penggunaan telefon begitu meluas dalam kalangan masyarakat. Kebanyakan
masyarakat mampu membeli dan memiliki telefon
bimbit. Para ibu bapa turut membeli telefon bimbit untuk anak mereka.
Bincangkan
kebaikan dan keburukan penggunaan telefon bimbit kepada pelajar sekolah.
Pada zaman moden kini,
penggunaan telefon bimbit semakin meluas. Fungsi telefon bimbit juga lebih
banyak dan terdapat beraneka model. Pada kebiasaannya, masyarakat mampu
memiliki telefon bimbit, termasuklah pelajar sekolah. Penggunaan telefon bimbit
mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada para pelajar.
Apakah sebab-sebab menyebabkan pelajar
sekolah ingin memiliki sebuah telefon bimbit? Telefon bimbit memudahkan ibu bapa atau kawan-kawan
pelajar menghubungi seseorang pelajar .
Selain itu, pelajar sekolah dapat berbual-bual dengan sahabat ataupun saudara
yang berjauhan melalui telefon bimbit. Ibu bapa juga tidak akan begitu bimbang
jika anak-anak mereka membawa telefon bimbit keluar berjumpa dengan kawan atau
ke sesuatu tempat. Ibu bapa turut rela membeli telefon bimbit untuk anak mereka
bagi tujuan mengawasi dan menghubungi anak-anak mereka.
Selain itu, sumber hiburan merupakan fungsi telefon bimbit boleh
mengurangkan kebosanan kepada pelajar sekolah. Mendegar lagu dari MP3 atau MP4
dalam telefon bimbit sementara bosan atau menunggu merupakan satu hiburan yang
menyenorokkan kepada pelajar sekolah. Fungsi telefon bimbit yang banyak juga
membolehkan pelajar mengambil gambar atau melayari internet . Jika pelajar
memilik sebuah telefon bimbit yang ada pelbagai fungsi, pelajar tidak perlu
lagi membeli radio, MP3, kamera
dan lain-lain.
Seperti yang kita sedia
maklum, ” bumi mana yang tidak ditimpa hujan”, ” lautan mana yang
tidak bergelora”, setiap yang sempurna di dunia ini pasti ada kecacatan dan
kelemahannya. Penggunaan telefon bimbit juga tidak terkecuali daripada hakikat
ini. Antara keburukannya adalah menjejaskan
kesihatan pelajar.Jika pelajar menggunakan telefon bimbit dalam masa yang
panjang, sinaran radiasi yang dikeuarkan sedikit
sebanyak akan mengganggu kesihatan . Penyakit kanser ataupun penyakit yang
berkaitan dengan gangguan sistem saraf akan terjadi dalam jangka masa
panjang.Pelajar turut akan mengalami sakit jari kerana kerap menghatar SMS.
Keburukan telefon bimbit yang
seterusnya akan membazir wang.
Pembelian telefon yang baru memerlukan perbelanjaan yang besar. Setiap
panggilan telefon dan penghantaran SMS turut melibatkan bayaran. Pelajar
sekolah masih tidak bekerja, jadi ibu bapa merekalah terpaksa menanggung kos
pembelian dan penggunaan telefon bimbit anak mereka. Hal ini akan menambahkan
bebanan ibu bapa terutama ibu bapa datang dari keluarga yang kurang berada.
Selain itu penggunaan telefon
bimbit akan menyebabkan pelajar
sekolah mengabaikan pelajaran mereka. Hal ini demikian kerana ada sesetengah
pelajar sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah
atau pada masa tuisyen. Mereka asyik menghantar sms dengan rakan-rakan dan
kurang memberikan tumpuan kepada apa yang diajar oleh guru mereka.
Lama-kelamaan, pelajaran mereka akan terabai dan keputusan pelajaran akan
merosot. Jadi ternyata penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan akan menjejaskan
pelajaran pelajar.
Konklusinya, penggunaan telefon
memang mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada pelajar sekolah. Oleh itu, para pelajar perlulah
menggunakannya secara bijak. Para ibu bapa turut berperanan dalam mengawal
penggunaan telefon bimbit pelajar agak kesan negatifnya dapat dikurangkan.
goooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooidddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd
ReplyDeleteApakah kesimpulan kebaikan telefon bimbit???
ReplyDelete