Karangan Surat Kiriman Rasmi
Di Kawasan tempat tinggal anda terdapat pelbagai masalah keselamatan yang timbul berpunca
daripada pendatang asing yang terlalu ramai di situ. Sebagai wakil penduduk di
situ, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa bagi mengadukan hal tersebut
agar masalah ini dapat diselesaikan.
Lin Cheng Heng,
No.6, Jalan Limau Purut 3,
Taman Cheras Perdana,
52400 Kuala Lumpur.
____________________________________________________________________
No.6, Jalan Limau Purut 3,
Taman Cheras Perdana,
52400 Kuala Lumpur.
____________________________________________________________________
Ketua Balai,
Balai Polis Cheras,
Jalan Ikan Emas 2,
53000 Cheras,
Kuala Lumpur…… ……………………………………………………………………….16 JULAI 2008
Balai Polis Cheras,
Jalan Ikan Emas 2,
53000 Cheras,
Kuala Lumpur…… ……………………………………………………………………….16 JULAI 2008
Tuan,
Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa
Izin di Taman Cheras Perdana
Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku
setiausaha penduduk Taman Perdana, ingin membuat aduan tentang masalah
pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat tinggal
kami. Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah
timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini.
2.……………Untuk
makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana
banyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai
pekerja tanpa izin bertumpu di kawasan ini untuk bekerja sebagai pekerja
bangunan kerana di mana ada
gula, di situ ada semut. Kebanyakan daripada
pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3.
Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara yang disediakan oleh pemaju dan
didirikan daripada kayu. Perkara yang membimbangkan kami ialah sebahagian
daripada pendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah dan mengancam
keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini.
3.………….Sebelum
kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur. Namun
begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah
segala-galanya. Kejadian kecurian dan rompakan sering kali berlaku di kawasan
tempat tinggal kami. Sehingga kini terdapat 6 kejadian pecah rumah dan rompakan
yang telah diadukan kepada pihak polis. Kebanyakan rompakan tersebut melibatkan
senjata tajam seperti parang dan senjata tajam yang lain. Hal ini menyebabkan
kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu berulang semula. Kami juga percaya
bahawa kejadian jenayah tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui
pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku. Hal seperti ini amat
merungsingkan penduduk di kawasan ini.
4.………….Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopan terhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur.
5.………….Pada masa
yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan
pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami
maklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka
ketika
melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian
seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini
juga amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada
di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat
tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan awal kerana
mencegah lebih baik daripada mengubati.
6.………….Sehubungan
dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan
secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat
serbuan dan menangkap pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga
mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya
kejadian jenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya pihak
tuan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami
sedia menghulurkan bantuan yang diperlukan.
7.………….Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Linchengheng
...................
(LIN CHENG HENG)
Setiausaha,
Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.
(LIN CHENG HENG)
Setiausaha,
Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.
No comments:
Post a Comment