Saturday, 28 January 2012



KARANGAN PERBINCANGAN

Pada masa kini, penggunaan telefon begitu meluas dalam kalangan masyarakat. Kebanyakan masyarakat mampu membeli dan memiliki telefon bimbit. Para ibu bapa turut membeli telefon bimbit untuk anak mereka.
Bincangkan kebaikan dan keburukan penggunaan telefon bimbit kepada pelajar sekolah.


          Pada zaman moden kini, penggunaan telefon bimbit semakin meluas. Fungsi telefon bimbit juga lebih banyak dan terdapat beraneka model. Pada kebiasaannya, masyarakat mampu memiliki telefon bimbit, termasuklah pelajar sekolah. Penggunaan telefon bimbit mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada para pelajar.

         Apakah sebab-sebab menyebabkan pelajar sekolah ingin memiliki sebuah telefon bimbit? Telefon bimbit memudahkan ibu bapa atau kawan-kawan pelajar menghubungi seseorang pelajar . Selain itu, pelajar sekolah dapat berbual-bual dengan sahabat ataupun saudara yang berjauhan melalui telefon bimbit. Ibu bapa juga tidak akan begitu bimbang jika anak-anak mereka membawa telefon bimbit keluar berjumpa dengan kawan atau ke sesuatu tempat. Ibu bapa turut rela membeli telefon bimbit untuk anak mereka bagi tujuan mengawasi dan menghubungi anak-anak mereka.

          Selain itu, sumber hiburan merupakan fungsi telefon bimbit boleh mengurangkan kebosanan kepada pelajar sekolah. Mendegar lagu dari MP3 atau MP4 dalam telefon bimbit sementara bosan atau menunggu merupakan satu hiburan yang menyenorokkan kepada pelajar sekolah. Fungsi telefon bimbit yang banyak juga membolehkan pelajar mengambil gambar atau melayari internet . Jika pelajar memilik sebuah telefon bimbit yang ada pelbagai fungsi, pelajar tidak perlu lagi membeli radio, MP3, kamera dan lain-lain.

           Seperti yang kita sedia maklum, ” bumi mana yang tidak ditimpa hujan”, ” lautan mana yang tidak bergelora”, setiap yang sempurna di dunia ini pasti ada kecacatan dan kelemahannya. Penggunaan telefon bimbit juga tidak terkecuali daripada hakikat ini. Antara keburukannya adalah menjejaskan kesihatan pelajar.Jika pelajar menggunakan telefon bimbit dalam masa yang panjang, sinaran radiasi yang dikeuarkan sedikit sebanyak akan mengganggu kesihatan . Penyakit kanser ataupun penyakit yang berkaitan dengan gangguan sistem saraf akan terjadi dalam jangka masa panjang.Pelajar turut akan mengalami sakit jari kerana kerap menghatar SMS.








             Keburukan telefon bimbit yang seterusnya akan membazir wang. Pembelian telefon yang baru memerlukan perbelanjaan yang besar. Setiap panggilan telefon dan penghantaran SMS turut melibatkan bayaran. Pelajar sekolah masih tidak bekerja, jadi ibu bapa merekalah terpaksa menanggung kos pembelian dan penggunaan telefon bimbit anak mereka. Hal ini akan menambahkan bebanan ibu bapa terutama ibu bapa datang dari keluarga yang kurang berada.

             Selain itu penggunaan telefon bimbit akan menyebabkan pelajar sekolah mengabaikan pelajaran mereka. Hal ini demikian kerana ada sesetengah pelajar sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah atau pada masa tuisyen. Mereka asyik menghantar sms dengan rakan-rakan dan kurang memberikan tumpuan kepada apa yang diajar oleh guru mereka. Lama-kelamaan, pelajaran mereka akan terabai dan keputusan pelajaran akan merosot. Jadi ternyata penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan akan menjejaskan pelajaran pelajar.

             Konklusinya, penggunaan telefon memang mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada pelajar sekolah. Oleh itu, para pelajar perlulah menggunakannya secara bijak. Para ibu bapa turut berperanan dalam mengawal penggunaan telefon bimbit pelajar agak kesan negatifnya dapat dikurangkan.

KARANGAN SYARAHAN

Anda telah menyertai satu pertandingan syarahan di sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ” Cara-Cara Memupuk Perpaduan Rakyat”.

Sediakan teks syarahan anda.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari yang mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan saya yang bertajuk ” Cara-Cata Memupuk Perpaduan Rakyat”.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya memulakan syarahan saya, izinkan saya mendefinisikan maksud tajuk syarahan saya. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ” cara-cara” bermaksud ” langkah-langkah melaksanakan sesuatu. ”Memupuk perpaduan rakyat” pula membawa maksud mewujudkan integrasi dalam kalangan masyarakat berbilangan kaum. Dengan perkataan yang mudah, syarahan saya bermaksud langkah-langkah untuk mewujudkan integrasi dalam kalangan masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Oleh sebab rakyat Malaysia berbilangan kaum, maka kerajaan perlu mengambil pelbagai inisiatif untuk memupuk perpaduan rakyat. Kerajaan boleh mengadakan kempen untuk memupuk perpaduan rakyat melalui media massa seperti televisyen, surat khabar ataupun internet. Mesej kepentingan perpaduan rakyat perlu diterapkan dalam minda masyarakat bahawa bersatu teguh, bercerai roboh.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam memupuk integrasi dalam kalangan masyarakat sekolah. Perpaduan rakyat mudah dipupuk jika dimulakan sejak bangku sekolah lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah patut mengadakan gotong-royong melibatkan pelajar dan guru yang berbilangan kaum. Penglibatan pelajar berbilangan kaum dalam aktiviti kokurikulum sekolah turut memberi peluang kepada warga sekolah saling berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti sebegini dapat menjalinkan hubungan baik dan memupuk perpaduan masyarakat sekolah.






Hadirin yang dihormati,

Perpaduan rakyat juga bermula dari rumah. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang secukup kepada anak-anak. Anak-anak haruslah diajar dan dididikuntuk bertoleransi dan memahami budaya pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini dapat mengelakkan anak-anak bersifat perkauman apabila dewasa kelak. Anak-anak akan lebih senang bergaul dengan rakan kaum berlainan. Keadaan ini akan memudahkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, saya ingin menegaskan bahawa perpaduan rakyat amat penting dalam konteks rakyat Malaysia yang berbilangan kaum dan agama. Perpaduan rakyat dapat menjamin keamanan dan keharmonian hidup , seterusnya dapat merealisasikan Wawasan 2020. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa ” Bersatu Malaysia akan teguh, Bercerai Malaysia akan roboh”.
Sekian ,terima kasih.


KARANGAN  UCAPAN

          Andaikan anda merupakan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah anak anda. Bersempena dengan sambutan Hari Guru, anda telah dijemput untuk merasmikan sambutan tersebut.
Tulis teks ucapan anda selengkapnya.


            Terima kasih tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi, Yang Dirai, guru- guru yang telah banyak mencurahkan bakti mereka kepada pelajar- pelajar sekolah ini, Yang Dikasihi, ibu bapa pelajar yang ssudi hadir ke majlis ini, pelajar- pelajar seterusnya warga majlis pada hari ini. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput saya ke majlis yang cukup bermakna ini bagi memberi ucapan seterusnya merasmikan majlis ini.
Warga majlis yang dihormati,
            Setiap pelajar pasti menginginkan kejayaan dalam hidup mereka. Bagi mereka, tiada yang lain selain pelajaran yang merupakan tunggak kepada kejayaan mereka. Jika pelajaran mereka tidak berakhir dengan cemerlang, tunggak yang dibina akan hancur musnah ekoran bahan binaannya tidak menepati kekukuhan tunggak tersebut. Saya harap hadirin sekalian dapat memahami isi kandungan ucapan saya sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,
             Dalam era teknologi dan komunikasi maklumat, profesion perguruan semakin mencabar dan mengalami banyak perubahan. Guru bukan sekadar mengajar tetapi berperanan mendidik para murid menjadi insan yang cemerlang intelek, akhlak, emosi, dan jasmani. Tugas seorang guru sebenarnya tidak semudah yang disangkakan. Selain menuntut kesabaran dan ketabahan,   






seseorang guru juga perlu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk ilimu psikolgi. Di sekolah, guru menjadi ibu dan bapa kepada murid-murid. Lantaran itu mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan, disiplin, dan pencapaian akedemik murid. Guru juga menjadi tempat mengadu, berbincang, meminta nasihat dan menjadi sumber rujukan.
            Sebagai pendidik yang berwawasan, guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan maklumat serta tidak perlu gentar dengan apa-apa cabaran atau rintangan yang mendatang. Guru mesti mempertingkatkan diri dengan kemahiran, bukan sahaja dari segi teknik mengajar malah mencakupi aspek penggunaan komputer dan alat yang diperlukan pada zaman teknologi maklumatdan komunikasi kini. Segala kebolehan dan pengetahuan yang dimiliki oleh guru harus dimanfaatkan secara maksimum.
           Apatah lagi, pendidikan memainkan peranan penting dalam pembentukan generasi masa depan. Hal ini demikian kerana generasi masa kini yang menentukan masa depan negara pada masa hadapan. Oleh itu, para pendidik bukan sahaja bertanggungjawab kepada pembekalan ilmu tetapi turut diselitkan dengan nilai-nilai yang baik. Segala ilmu yang baik haruslah diberikan dengan ikhlas.
Hadirin sekalian,
          Sebelum saya mengahiri ucapan saya ini, saya ingin megingatkan kepada semua pelajar agar sentiasa menyanjungi jasa guru- guru anda agar pelajaran yang diberikan kepada anda dapat berkekalan sehingga anda semua berjaya. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan majlis sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Kuala Linggi. Sekian terima kasih.
         

              

KARANGAN WAWANCARA

Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai polis di sebuah bandar di tempat anda bertugas. Wawancara itu membincangkan peranan pihak polis dalam mencegah masalah jenayah. Sediakan wawancara itu dengan lengkap.

Masalah jenayah sering dikaitkan dengan tugas dan peranan polis. Dalam membenteras masalah tersebut, polislah yang bertanggungjawab memastikan setiap individu dan masyarakat terselamat daripada ancaman tersebut. Untuk mengetahui peranan pihak polis ini, saya selaku pemberita ditugaskan mewawancara Penguasa Yusuf Majid, seorang pegawai polis di bandar ini. Kita ikuti wawancara tersebut.

Pemberita :Selamat pagi, tuan. Apa khabar?

Pegawai Polis :Selamat pagi. Khabar baik.

Pemberita:Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Pertamanya, polis dan undang-undang sering diibaratkan sebagai aur dengan tebing. Kedua-duanya begitu rapat dan sering berjalan seiring. Apakah pandangan tuan tentang perkara ini?

Pegawai Polis:Ya, pasukan polis merupakan penguat kuasa undang-undang yang tama. Ini bererti tanpa polis, undang-undang yang ada tidak bermakna kerana undang-undang tersebut tidak dapat dikuatkuasakan. Sebaliknya, tentulah sukar untuk pihak polis menjalankan tugas jika sesebuah negara tiada undang-undang. Jika tiada undang-undang yang berkaitan dengan jenayah, tentulah tugas polis untuk membenteras jenayah tidak kesampaian. Jadi polis dan undang-undang mempunyai kaitan yang begitu rapat.

Pemberita:Bolehkah tuan huraikan dengan lebih jelas, bagaimanakah undang-undang boleh digunakan oleh polis untuk memerangi jenayah di negara kita?







Pegawai Polis:Sesuai dengan peranan polis sebagai penguat kuasa, maka undang-undang yang berhubung dengan jenayah menjadi panduan dan sering digunakan oleh pihak polis. Antaranya termasuklah Kanun Keseksaan dan Kanun Atur Cara Jenayah. Antara jenayah yang dikaitkan dengan Kanun Keseksaan adalah mencuri, merompak, merogol, mencederakan orang, penipuan, dan sebagainya. Kanun Atur Cara Jenayah pula telah memberikan kuasa kepada polis untuk menangkap atau seumpamanya terhadap penjenayah yang melakukan jenayah-jenayah tadi.
Pemberita:Cuba tuan jelaskan tentang kewibawaan pasukan polis dalam menangani masalah jenayah.

Pegawai Polis:Kewibawaan dan prestasi pasukan polis sebenarnya bergantung kepada cara mereka melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang. Untuk itu, pihak polis mesti menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. Jika terdapat sesuatu kesalahan jenayah, pihak polis akan bertindak tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang. Pihak polis juga mesti berani untuk memerangi jenayah. Oleh sebab itu, kita dapati banyak penjenayah menjadi mangsa keberanian dan kewibawaan pihak polis. Kadang kala anggota polis terpaksa berkorban apa sahaja demi menjaga keamanan negara. Mereka terpaksa mengorbankan masa, cuti, keluarga dan nyawa apabila bertugas.

Pemberita:Tugas sebagai anggota polis tentu menghadapi pelbagai cabaran atau risiko yang membahayakan keselamatan polis itu sendiri. Cuba tuan berikan pandangan?

Pegawai Polis:Ya, sebagai anggota polis, kami memang mengetahui adanya pelbagai implikasi dan risiko di hadapan. Misalnya, jika berlaku kes rompakan, pihak polis mungkin terpaksa berbalas tembakan dengan perompak. Jika bukan perompak, mungkin pihak polis yang menjadi mangsa. Ada kalanya penjenayah ini tidak takut berdepan dengan pihak polis. Oleh sebab itulah mereka berani melawan anggota polis kita. Selain itu, pihak polis juga kadang-kadang menghadapi cabaran masyarakat. Kami sering kali juga menimbulkan rasa takut dan prejudis orang ramai. Oleh sebab itu, kerjasama masyarakat sukar diperoleh untuk mengatasi kes-kes jenayah.

Pemberita:Sebelum kita mengakhiri wawancara ini, apakah harapan tuan terhadap masyarakat atau orang ramai untuk mengatasi masalah jenayah?









Pegawai polis:Kita memerlukan kerjasama orang ramai. Tanpa kerjasama dan komitmen orang ramai tentulah sukar untuk kita membenteras masalah jenayah. Mereka harus melaporkan kepada pihak kami jika berlaku sesuatu kejadian jenayah dan mereka juga tidak harus melindungi seseorang penjenayah. Berilah kerjasama, penghormatan, dan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis demi keselamatan dan keamanan negara.

Pemberita:Saya juga berharap penjelasan tuan akan menjadi renungan kepada masyarakat kita. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas kesudian tuan.

Pegawai Polis : Sama-sama.

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Anda baru sahaja berpindah ke sekolah lain kerana mengikut ayah anda yang ditukarkan tempat bertugas . Tuliskan sepucuk surat kepada rakankarib anda yang berada di sekolah lama untuk menceritakan tentangkeadaan sekolah baru anda.
21, Kampung Selang,
36000 Teluk Intan ,
Perak Darul Ridzuan.
25 Oktober 2008 .

               Menemui saudara Linda Chin yang kini berada di Sintok , Kedahdengan harapan semoga saudara berada dalam keadaan sihat dansejahtera selalu .

Saudara ,
               Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh memohon maafkepada saudara kerana tidak memberitahu saudara tentang perpindahansaya ke sekolah baru . Untuk pengetahuan saudara saya berpindah kesekolah yang baru kerana mengikut ayah yang ditugaskan di sini .Maklumlah kerja ayah sebagai pegawai polis mempunyai banyaktanggungjawab .
               
                Sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah KebangsaanSandakan dalam Tingkatan Tiga Merah .Sudah sebulan saya mengikuti pembelajaran di sekolah ini . Syukur alhamdulilah , setakat ini sayatidak mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran .Kawasan sekolah ini juga sangat cantik dan begitu luas . Terdapatkolam ikan dan air terjun buatan di hadapan kawasan sekolah .Di sekolahini terdapat pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga ke tingkatanenam atas . Jumlah pelajar di sekolah kira-kira lima ribu orang danmempunyai tiga ratus orang guru .
                
                 Sekolah ini mempunyai enam buah blok bangunan yang masing-masing mempunyai lima tingkat . Blok bangunan sekolah ini meliputi blokpentadbiran , pejabat , dewan dan asrama untuk para pelajar yangtinggal jauh .Di sekolah ini , saya mendapat ramai rakan baru yang terdiridaripada pelbagai kaum seperti Kadazan , Sino-Kadazan , Dusun , Bajaudan banyak









lagi .Baiklah setakat ini saja yang dapat saya ceritakan kepadasaudara untuk kali ini . Semoga bertemu kembali dalam warkah yangakan datang . Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan di sana .Sekian, terima kasih .

Yang ikhlas , 

Linda Chin

Karangan Surat Kiriman Rasmi
Di Kawasan tempat tinggal anda terdapat pelbagai  masalah keselamatan yang timbul berpunca daripada pendatang asing yang terlalu ramai di situ. Sebagai wakil penduduk di situ, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa bagi mengadukan hal tersebut agar masalah ini dapat diselesaikan.

Lin Cheng Heng,
No.6, Jalan Limau Purut 3,
Taman Cheras Perdana,
52400 Kuala Lumpur.

____________________________________________________________________
Ketua Balai,
Balai Polis Cheras,
Jalan Ikan Emas 2,
53000 Cheras,
Kuala Lumpur…… ……………………………………………………………………….16 JULAI 2008
Tuan,
Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana
Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana, ingin membuat aduan tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat tinggal kami. Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini.
2.……………Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana banyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tanpa izin bertumpu di kawasan ini untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada





gula, di situ ada semut. Kebanyakan daripada pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara yang disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada kayu. Perkara yang membimbangkan kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah dan mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini.

3.………….Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur. Namun begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segala-galanya. Kejadian kecurian dan rompakan sering kali berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Sehingga kini terdapat 6 kejadian pecah rumah dan rompakan yang telah diadukan kepada pihak polis. Kebanyakan rompakan tersebut melibatkan senjata tajam seperti parang dan senjata tajam yang lain. Hal ini menyebabkan kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu berulang semula. Kami juga percaya bahawa kejadian jenayah tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku. Hal seperti ini amat merungsingkan penduduk di kawasan ini.


4.………….Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopan terhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur.





5.………….Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami maklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika
melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
6.………….Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan menangkap pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia menghulurkan bantuan yang diperlukan.


7.………….Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,

Linchengheng
...................
(LIN CHENG HENG)
Setiausaha,
Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.
Karangan Peribahasa
Tajuk:

Peribahasa “bagai aur dengan tebing” bermaksud perkaitan orang yang suka bertolong-tolongan dan saling melengkapi.
Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep ini dapat diterapkan dalam masyarakat kini?


                 Peribahasa “bagai aur dengan tebing” bermaksud konsep tolong-menolong atau bantu-membantu amat penting  dalam sesebuah masyarakat itu. Konsep ini semakin lama semakin hilang ketika negara menongkah arus perubahan dunia ini yang penuh cabaran. Lantaran itu, terdapat beberapa cara yang sesuai untuk merealisasikan konsep ini dalam kehidupan masyarakat kita.
                   Langkah awal ialah satu aktiviti yang melibatkan semua pihak dalam sesebuah kawasan setempat itu harus dilaksanakan dahulu. Penglibatan semua pihak yang mendiami sesuatu kawasan itu amat penting jika konsep ini hendak dipupuk dalam jiwa mereka. Maka, aktiviti yang bersepadu yang melibatkan semua ahli masyarakat boleh mencetuskan konsep tolong-menolong ini.
                     Selain itu, konsep peribahasa ini boleh juga dijalin menerusi kempen kesedaran yang dilaksanakan itu. Kempen yang melibatkan ceramah, pemberian brosur dan taklimat kepada masyarakat setempat akan peri pentingnya konsep ini mampu membuahkan hasil yang menguntungkan pula. Sebenarnya, kempen kesedaran ini boleh menggunakan media massa seperti televisyen untuk mencapai impak yang lebih luas.
                       Bukan sahaja mewujudkan satu aktiviti yang melibatkan semua pihak dan mengadakan kempen tetapi pemupukan konsep ini dalam jiwa pelajar terutama di peringkat sekolah rendah amat praktikal. Kanak-kanak lebih mudah untuk menerima dan mengamalkan konsep kerjasama ini jika mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang berunsur sedemikian  



ketika berada di sekolah. Justeru, pemupukan konsep bekerjasama ini di peringkat sekolah bakal menyaksikan berlakunya satu perubahan dalam minda masyarakat kita pada masa depan pula.                      
                         Malahan, usaha mengadakan karnival atau pesta di dalam kawasan perumahan turut mampu mencetuskan perasaan saling membantu ini. Keadaan ini berupaya diwujudkan kerana semua pihak saling mengenali jiran mereka dan mengamalkan konsep kerjasama ini dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya, kekerapan bertemu dan berinteraksi antara ahli masyarakat di pesta atau karnival memungkinkan wujudnya amalan bekerjasama ini.
Kesimpulannya, konsep peribahasa ini memang boleh diamalkan di negara ini jika semua langkah di atas dilaksanakan segera. Kerjasama semua pihak terutama masyarakat amat diperlukan jika kita mahu konsep ini diamalkan dalam masyarakat. Peribahasa “berat sama dipikul ringan sama dijinjing” merupakan satu lagi peribahasa yang hampir serupa konsepnya yang membuktikan betapa amalan bekerjasama ini diutamakan oleh masyarakat kita dahulu.